Tentang Kami

DAR AL MUSTHOFA

Lambang Bentuk Kubah Masjid Nabawi

Melambangkan Sekolah Rendah Islam Dar Al Musthofa sebagai institusi pendidikan yang diasaskan demi merealisasikan perintah dan perjuangan Nabi Muhammad ﷺ. Memupuk rasa kasih dan sayang kepada Nabi Muhamad ﷺ sejak kecil.

Lambang Bentuk Al-Quran

Melambangkan betapa Al Quran merupakan elemen terpenting di dalam proses membina jiwa anak-anak.

Warna

Merupakan warna-warna yang utama dalam islam dan warna-warna yang digemari Nabi Muhammad ﷺ.

Putih yang menjadi simbolik kepada kesucian dan kemurnian.

Biru membayangkan akan keluasan lautan ilmu.

Warna emas melambangkan moden dan prestasi.

Penubuhan Sekolah Rendah Islam Dar Al Musthofa Tercetus kerana melihat zaman mutakhir ini ilmuwan Islam semakin tandus di negara ini terutamanya ilmuwan yang mantap ilmu agamanya untuk mempertahankan akidah yang sohih. Oleh itu, kami menubuhkan tadika dan sekolah rendah ini, seterusnya sekolah menengah dan maahad tahfiz. Kami telah mengambil dan mengkaji silibus-silibus dari Timur Tengah seperti Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan pelbagai kaedah tradisional dan berkesan dalam institusi pengajian mereka.

01.

Matlamat

- Memberi peluang kepada pelajar Islam yang berpotensi mendapat pendidikan Islam berkualiti berteraskan Al Quran dan Sunnah.
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan moden.
- Melahirkan pelapis agamawan yang menguasai ilmu-ilmu Islam disamping mempunyai akhlak yang mulia.
- Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan efisien dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman.

02.

Objektif

- Membentuk kecemerlangan melalui Al Quran.
- Membentuk ahli Quran yang mantap dalam pelbagai ilmu melalui sistem pendidikan tradisi Islam.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang peka dengan isu-isu semasa dan mampu mempertahankan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang tulen.
- Melahirkan para pendakwah yang mampu menggarap adab dan mesej dakwah Rasulullah ﷺ

PIAGAM PELANGGAN

Memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam membentuk pelajar ke arah bersikap positif, inovatif & kreatif. 

Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, dan berfikiran terbuka dalam melaksanakan tugas secara berpasukan.

Menjalin hubungan yang lebih mesra antara ibu bapa, guru dan pelajar untuk menjayakan sebarang aktiviti pendidikan.

Menyemai budaya penyayang kepada semua pelanggan.

Sentiasa menepati masa dalam sebarang urusan dan peka dengan perkembangan pendidikan semasa.

Soalan Lazim Yang Ditanya

Pembelajaran menggabungkan 3 elemen iaitu Al Quran, Diniyyan & Akademik

Anak-anak akan menunaikan solat Dhuha, Zohor dan Asar secara berjemaah

Makanan tengah hari yang berkhasiat disediakan. Bayaran ini telah termasuk dalam yuran pelajar.

Sesi persekolahan bermula seawal 7.45 pagi hinggaa 5 petang

Boleh, Anak-anak akan dibantu oleh guru yang berpengalaman untuk membaca Al Quran dengan mudah dan betul

Ya, asrama disediakan dengan yuran tambahan untuk pelajar seawal 8 hingga 13 tahun